Glitter Words
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers


Friday, July 15, 2011
4 minggu dah
Lama dah tak updet blog... takde idea.. nantilah bila idea nak bercerita nak merapu datang baru updet.

Mashehhhh...
posted by eija at 7/15/2011 01:44:00 PM - 0 comments
Sunday, June 12, 2011
Pahit...

10/6/2011..Jumaat lepas aku ke HUKM. Ada appointment dgn pakar Child Development Centre (CDC) HUKM. Resultnya..lepas nurse itvw aku..bagi task kat ceqyan, MO itvw aku dgn MNY last pakar CDC (aku lupa nama pakar tu) itvw aku dgn husband..pakar tu sah kan yg ceqyan is a hyperactive child.

Sebab ceqyan baru 3 tahun, pakar tu cakap takde ubat yg diaorg boleh kasik lagik. Cuma ceqyan kena continue masok terapi carakerja dgn terapi berkata. Dan paling baik ceqyan dihantar ke nursery, mix kan dia with other child. Yang paling susah aku nak buat sekarang antor ceqyan ke nursery. Aku asik hold saja..kali ni aku kena tekad betul2. Bukan utk orang lain tp utk kebaikan anak aku. Takot lagi lambat bila dia dah masok sekolah lagi masalah, kesian dia nanti.

Aku nampak tenang masa pakar tu cakap..tp dalam hati luruh sebenornya. Sebelum ni aku cuba menidakkan.. aku kata ceqyan normal cuma lambat bercakap saja. Pahit rasa nak menerima. Sedih..segala perasaan ada. Tambah bila mengenangkan saat aku hilang sabar dgn kelaku ceqyan. Ya Allah..sebak rasanya.

Aku kena kuatkan semangat. Banyak yang perlu aku buat nanti. Paling penting diri aku sendiri. Kena banyakkan sabar bila dgn ceqyan. Kena control perasaan marah aku bila dgn dia. Ceqyan tak salah. Ni semua ujian Allah pada aku dan MNY. Ya Allah..Kuatkanlah aku dan MNY. Setiap ibu bapa semestinya mendoakan yang terbaik utk anak2. Insyaallah ceqyan akan pulih macam kanak-kanak normal yg lain.

p/s: 10/6 tu ulangtahun perkahwinan aku dan MNY yg ke-6 huhuhuhu

posted by eija at 6/12/2011 02:31:00 PM - 1 comments
Saturday, March 5, 2011
Bersyukur

Sementara menunggu ciskek aku masak dapatlah aku curi masa nak mengupdet blog.

Semalam aku AL. Memula amek AL ni sebab nak ke KK. Holiday!. Tiket beli masa zero fare last year. Tapi kena kensel. Sebab? Iris kecik sangat lagiklah plak nak bawak dia holiday jauh2. Nak ke KK tu mau 2 jam dok dlm flight. Lepas tu mcm agak payahlah plak. Nak tinggal kat mak pon mcm x best. Hari2 dia tido bawah ketiak ibu dia ni skali takde bau ibu dia takot dia x bleh tido. Udahnya kensel saja senang. Ada rezeki pegi lain yer dak..Lagipun aku dilanda ceri beri. Penat dowhhhh...

Sebab dah kensel ke KK..MNY pon dah amek cuti jugak sampai 7hb ni..aku dgn dia ke HUKM bukak bile utk ceqyan. Rasanya aku ada cerita dulu kot dlm entry lama yg ceqyan ada mslh speech delay. Jadiknya nak set appt utk speech therapy pulak. Alhamdulillah..selalu aku dengor lama nak tunggu turn nama masok dlm speech therapy ni. Tengok2 bila nak set appt tadi, staff kat situ dah set 7hb ni. Rezeki ceqyan nampaknya.

Masa aku kat CDC..ada satu family masok. Sorang pakcik, perempuan dlm 30 something dgn 2 org anak perempuan. Yg pakcik tu ayah pada akak tu. Pakcik tu tanya kat aku sapa yg bermasalah, sbb ada ceqyan dgn iris kan..aku jawablah ceqyan. Maka bersembang2lah kami. Rupanya anak akak no 2 (budak tu duduk dlm stroller time tu) pon sama x buleh cakap jugak. Muda skit je dr ceqyan sbb dia lahir bulan 5 tp tahun sama. Anak dia dah buat E&T, speech therapy semua. Tp bila itvw session barulah tau yg sebenarnya anak akak tu autisma. Ini pertama kali aku jumpa kanak2 autisma. Selama ni aku just baca saja ini depan mata aku sendiri. Budak tu duduk senyap je dlm stroller dia. Macam tak peduli orang. Tp tetiba je dia menjerit ketawa. Lepas tu dia diam balik. 2,3 kali dia macam tu. Akak tu tanya aku samada ceqyan paham instruction..aku jawab mmg dia paham apa yg kita mintak kita suruh. Cuma bila ajar dia cakap dia x mau je. Anak dia mmg x paham lansung katanya. Bila aku sembang2 dgn pakcik tu dia kata tekejot jugak mula2 bila tau. Rasa x percaya pon ada, tp kalo x percaya, x blh terima lagik susah. Takde sembang lama..sbb daorg rushing. Dr pagi katanya dah kat situ. Time aku kat sana dah pkl 3 pon. Kesian aku tengok. Bila diaorg dah pergi tetiba aku rasa sebak. Kalo aku rasa susah ceqyan lambat bercakap ada orang diberi ujian lagik berat dari aku senornya. Kurang2 ceqyan x nampak gejala austima tu ada kat dia. Aku patot bersyukur. Isk…sebak balik dah.

Apa yg aku doakan skang..satu hari nanti ceqyan boleh bercakap. Teringin sangat aku nak dengor dia panggey aku IBU.

Tak bleh type dah. Babai.

posted by eija at 3/05/2011 01:52:00 AM - 2 comments
Thursday, February 3, 2011
Huh…lama gila aku tak meng’update’ blog ni. Sejak ada si kecik ni nak cari masa untuk makan pon payah ni kan pulak nak update blog. Kat opis aku bz prepare document utk financial audit. Mana kan ada masa. Ni time time PH ni dedua kanak2 tu dah lelap. Cuba curi masa update blog sambil mendobi.

Semalam aku cuti. Bawak ceqyan pegi HUKM. Dia dah 3 tahun tp perkataan yg dia sebut very limited. Senang kata dia mengalami ‘speech delay’. . Ceqyan bukan autisme sbb aku penah bawak jumpa PAED. PAED kata ceqyan normal. Tapi maybe dia ada masalah pendengaran. Dia refer aku ke E&T specialist. Kalau ikotkan aku tak rasa dia ada masalah pendengaran sbb ceqyan paham every instruction. Dia paham apa yg kita cakap. Tp honestly aku x mampu nak bawak jumpa pakar kat private hosp. Doktor yg slalu aku jumpa plak refer aku pegi HUKM. Ada ‘terapi berkata’. Aku asik bertangguh saja nak bawak dia. Tp ni dah 3 tahun still x bleh berkata2 lagik mmg aku kena bawak jugak. So semalam aku bawak pegi. Doktor akan review file aku next Thursday. Sbb hari ni PH so minggu depan sajalah. Intake utk kes baru plak bulan 5. Makaiiii…lamanya lagik. Tp nurse tu dah pesan bawaklah pegi mana2 dulu sementara tunggu diaorg call utk interview. Huhuhu..

Actually aku memang dah bawah ceqyan ke Darus’syifa. Kena pulak sorang kawan lama mak..Makcik Bedah salah sorang ustazah yg mengubat kat sana. Tapi masa mengubat jumpa ustaz lain. Makcik Bedah tgh meeting. Ustaz yang jumpa ceqyan malam tu mintak continue bawak jumpa ke Ust. Harun Din..erkkkk..Senornya kemungkinan besor jugak ceqyan mengalami gangguan lain. Lepas meeting tu makcik bedah ada jumpa mak. Masa dia sembang2 dgn mak dia ada usik blakang tengkok ceqyan. Katanya ceqyan ada ‘biji sawan’. Budak2 yg ada menda tu memang senang makhluk halus nak dekat. Dia pun suruh jugak continue bawak jumpa Ust. Harun Din. Macam kritikal je rasa. Sementara tu Makcik Bedah suruh bagi makan madu kat ceqyan. Ada doa dia sebelom suap tu “Wakallamallah humusaa taklima”. Kalam Allah banyak kegunaannya bak kata Makcik Bedah. Dan yang paling penting doa ibu bapa pada anak2 tu. Huhuhu..touching plak rasanya.

Kalo tanya aku malu ke tak sbb anak aku lambat bercakap. Aku x malu sbb aku tahu ujian ALLAH S.W.T tu datang dlm banyak2 jenis dan kejadian. Allah dah berikan kesihatan yg baik dan kesempurnaan pada anak2 aku. Cuma atas ketentuan ‘DIA’ jugak ceqyan lambat bercakap. Aku redha. Tp dlm redha aku..aku kena berusaha utk memperbaiki keadaan. Memang lepas ni akan amek masa bila aku kena bawak ceqyan continue berubat kat Darus’syifa dan HUKM nanti. Takpe. Yang penting anak aku buleh bercakap dgn baik lepas ni. Alhamdulillah..bos bos aku memang sangat memahami bila aku bagitau masalah aku ni. Syukur. MNY pon nampaknya buleh follow aku. Takdelah nak buat berat hati.

Semoga ALLAH mempermudahkan segala urusan aku nanti Insyaallah.
posted by eija at 2/03/2011 05:14:00 PM - 2 comments
Friday, December 3, 2010
Hip hip hoorayyyyyyyyyy
Uikssss...sat ja na aku dah abih pantang. Semalam cukop 44 hari aku berpantang dan maknanya apple jugak dah 45 hari ini hari.

Next week nak balik umah. Nak cari sapo sapo yg sudi nak bebisit apple. Uhuk..memacam perasaan ada skang ni. Camnolah aku nak menyerahkan apple kat orang jaga nanti. Ceqyan dulu maktok dia yg jaga so perasaan tu ok sajork. Takdelah rasa susah ati ke apa. Tapi apple takkan nak kasik mak jaga jugak kan? Cukoplah ceqyan kasik maktok dia pening pala. Kesian maktok dia.

Tapi mmg aku nak bawak apple dok dgn aku. Nak antor nursery mak tak kasik plak. Soh cari org jaga. Emmm..dah ada sorang tapi jauhlah plak kat kelana jaya tu. Ni tengah tunggu sorang makcik ni. Kalo dia kata ok alhamdulillah. Kalo tak..ontahlah. Kena diskusi dgn MNY betul2 ni.

So sbb aku dah nak keja x lama lagik aku dah kena stret skit dgn apple. Siang2 kena ajar dia minum susu guna botol. Malam2 baru bleh kepit2 dgn ibu. Nak kasik dia biasa kalo x nanti jenuh.

Huhuhu..feeling2 sedih ni dah ada. Kalolah aku bleh jaga anak2 sendrik. Tengok diaorg membesor depan mata. Emmmmm.. apakan daya. Ibu dgn abah x mampu lagik. Nanti yer..kot murah rezeki abah nek pangkat nek gaji lagik ibu bersara keja dok umah jaga korang yer anak2.

posted by eija at 12/03/2010 01:41:00 PM - 2 comments
Wednesday, December 1, 2010
5 kilo tuuuuu
Senin hari tu bawak apple pegi timbang berat. Alhamdulillah semuanya ok. Berat dia dah 5 kilo lebih. Tudiaaaa... sama berat cam beras 5 kilo hahaha... makan apalah tu? Makan apa lagik.. jaga je mencari jaga je mencari. Dia x macam abang dia bleh tido sendrik masa baby dulu. Apple ni nak tido kena cuddle2 dulu kena kasik melekap dulu. Kalo tak jenuh. Tu pon bila kita ulik dia tido kita letak je kat tilam terus jaga. Adoi....

Bila tgk dia kuat susu maka aku pon takdelah nak diet or kontrol makan bagai. Nasi wajib makan. Kalo aku kurang makan nanti aku yg letih balik. Apple akan jadik x kenyang2 menyusu. Jadinya makan jelah. Nak diet lepas aku dah x menyusu dia baru aku diet hehe.. (lambat lagik nak dpt badan cam beyonce ni).

Aku nak menyusu apple lama. Tak mo macam abang dia dulu kejap jer. Menyusu badan pon salah satu cara untuk si ibu hilang berat badan dengan sendrinya. Tapi kalo asik asik lapor camana tu? Takpelah berkorban.

Lagipun..

'Susu ibu lebih baik dari susu lembu'(ala ala macam budak dlm iklan tu). Sebagai ibu opkos aku nak berikan yang terbaik utk anak2 aku. Plus jimat weh kasik susu badan hahaha.. free dan berzat.

p/s: mekaseh pn shazrini sbb kasik ai breastpump tu :D

posted by eija at 12/01/2010 06:41:00 PM - 2 comments
Sunday, November 28, 2010
Berangan


Korang penah berangan tak? Wajib penah. Harusss berangan jadik kaya, berangan badan mcm supermodel. Berangan pakai keta beso. Aku pon biasa gak berangan. Tapi apa kena mengena lagu Creep ni dengan aku punya berangan?

Hemmm...aku kadang busan2 tu aku berdiri depan cermin, aku berangan tengah jamming lagu ni. Penuh perasaan gitu aku nyanyi. Ala ala diiringi live band kununnya.

Tapi dah lama aku tak buat keja cam gitu. Mungkin sebab faktor dah jadik mak budak ni kot. Jadi kenalah aku renti2kan angan2 yg tak pekdah ala ala perasan tu.

Sekian tima kaseh.

p/s:best woooo lagu ni.
posted by eija at 11/28/2010 08:33:00 PM - 2 comments

About Me
Name: eija
Home: Malaysia
About Me: Aku????? Isteri, Ibu, Anak, Kakak dan Wanita.
See my profile...

Previous Post
Archives
Ronda-ronda